5 Kegunaan Jeli Petroleum Untuk Kaum Lelaki. Kegunaan Nombor 3 Akan Buat Anda Tergamam.

5 Kegunaan Jeli Petroleum Untuk Kaum Lelaki. Kegunaan Nombor 3 Akan Buat Anda Tergamam.

Sebut sahaja jeli petroleum pasti ramai akan kenal dengan produk ini. Dikomersialkan sejak 150 tahun yang lalu, jeli petroleum sebenarnya antara produk ajaib yang murah dan mempunyai banyak kelebihan.

Bukan sahaja untuk golongan wanita tetapi lelaki. Anda ingin tahu apakah kelebihan menggunakan jeli petroleum untuk orang lelaki?

1. Melegakan kekeringan kulit kaki

Kaki merupakan antara anggota badan lelaki yang sering diperhatikan wanita. Jadi pada musim panas seperti sekarang, kaki memang akan mudah menjadi kering. Apatah lagi bila memakai selipar atau sandal. Ratakan jeli petroleum di bahagian tumit kaki sebelum tidur dan melakukan aktiviti luaran.

2. Minyak wangi tahan lama

Nak minyak wangi tahan lama? Sapukan di bahagian belakang telinga dan pergelangan tangan selepas semburan minyak wangi di kawasan tersebut.

3. Kening lebih rapi

Sapukan sedikit ke bahagian kening untuk efek galak dan nampak sihat. Petroleum jeli juga boleh melindungi mata apabila disapu di bahagian kening daripada kulit kering di sekitar mata.

4. Lindungi bibir

Antara kegunaan paling popular petroleum jeli ialah untuk bibir. Jika anda melancong ke luar negeri yang mempunyai cuaca sejuk dan kering, ia mampu melindungi bibir daripada merekah. Sapukan sahaja di sekeliling bibir, pasti ia dapat melindungi bibir anda.

5. Elak Melecet Kaki dan tangan

Bagi lelaki yang aktif bersukan seperti berbasikal, anda boleh menyapu jeli petroleum di antara celahan jari dan sarung tangan bagi mengelakkan berlaku iritasi atau melecet. Selain itu ia juga dapat melicinkan kulit kaki dan mengekalkan kelembapan.

Sumber: Maskulin