Dilanggar Sehingga Putus Tangan Ketika Berkerja, Pemandu Lori Diburu

Dilanggar Lori Sehingga Putus Tangan Ketika Berkerja, Pemandu Diburu

Pekerjaan yang melibatkan senggaraan jalan adalah pekerjaan yang penuh risiko. Walaupun langkah-langkah keselamatan yang lengkap telah diambil, namun kita tidak boleh jangka jika kejadian yang tidak diingini berlaku.

Dalam satu perkongsian di Twitter @Tsgxy_ yang dikongsi sebanyak 28.9 ribu kali, jelas menyatakan ketidakpuasan hati warganet tentang sikap pemandu lori yang melanggar pekerja tersebut.

“Nampak orang buat kerja atas jalan tu. Slow lah memasing. Bukan korang je, diaorang pun kat rumah tu ada yang tunggu diaorang balik. Lokasi highway pasir gudang. Team selia selanggara.” kata beliau dalam tweet tersebut.

Terkini, Pekerja tersebut telah selamat menjalani pembedahan dan doktor terpaksa membuang sebahagian tangan beliau akibat kecederaan teruk yang dialami.

Kini pemandu lori tersebut sedang diburu. Doakan semoga beliau cepat sembuh.