Kecantikan Iman Troye di AME 2020 Curi Tumpuan Netizen,“Lawa lah awak…”

Kecantikan Iman Troye di AME 2020 Curi Tumpuan Netizen,“Lawa lah awak…”

Penyanyi baharu, Iman Troye atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabudin sebelum ini dikenali sebagai model dan Instafamous namun siapa menyangka selepas mengeluarkan single pertama berjudul Teman, namanya terus melonjak naik dalam dunia muzik tempatan.

Sehingga, Iman Troye di Instagram juga semakin mendapat perhatian peminat-peminatnya apabila dia juga aktif berkongsikan perkembangan kepada umum apatah lagi, Iman Troye juga memuat naik video cover lagu.

Biarpun begitu, pada kali ini Iman Troye akhirnya berkongsikan penampilan lengkapnya ketika hadir ke majlis Anugerah Meletop Era (AME 2020) baru-baru ini dengan memuat naik beberapa fotonya.

Melalui ruangan kapsyen, dia mengutarakan rasa syukurnya kerana pertama kali dapat merasai pengalaman ke AME 2020 dan berkongsi juga rasa bahagianya kepada umum.

Iman Troye dilihat mengenakan busana dengan penuh bergaya di anugerah tersebut dan ternyata, solekannya pula dilakukan oleh jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa.

Melalui posting terbabit, kecantikan penyanyi muda ini di Instagram mendapat ratusan komen dan dalam masa yang sekejap juga lebih 120,000 tanda suka ditinggalkan peminat buatnya.

Sumber: HCL