Pakwe Pilih Orang Lain Bila Dah Senang, Menyesal Setia Dari Zaman Susah

Pakwe Pilih Orang Lain Bila Dah Senang, Menyesal Setia Dari Zaman Susah

Bukan sahaja rupa paras yang kacak atau lawa semata-mata, malahan kesanggupan untuk kekal setia pada waktu susah senang adalah sebuah nilai penting dalam mencari teman hidup. Bagi golongan perempuan, ada di antara mereka yang ikhlas mencintai teman lelaki mereka saat masih tiada apa-apa.

Tapi entah mengapa, segala pengorbanan itu seakan-akan dipersiakan begitu sahaja apabila sudah mencapai kesenangan. Stay dari zaman takde apa-apa. Bila dah senang beralih hati pada orang lain Bak kata orang, kesetiaan wanita diuji ketika lelaki tidak punya apa-apa. Manakala kesetiaan lelaki pula diuji ketika dia sedang memiliki segala-galanya.

Mungkin itulah kata-kata paling tepat bagi menggambarkan nasib seorang gadis ini. Katanya menerusi video yang sempat dimuat naik ke TikTok pada, dia menzahirkan rasa kecewa kerana teman lelakinya kini beralih hati kepada insan lain apabila sudah meraih kesenangan.

Sudah menjalinkan hubungan dan bertahan sejak tiada apa-apa lagi, kesetiaan gadis terbabit nyata dikhianati begitu sahaja. Patutlah mak suruh cari jodoh yang dah stable…Bila senang belum tentu lelaki ingat kita.

Sudah ditonton lebih 600 ribu kali, netizen juga ikut sedih melihat keadaan gadis berkenaan yang kini berendam dengan air mata. Di ruangan komen, mereka bukan sahaja berharap agar dia terus kuat malahan sempat berkongsikan pengalaman pahit yang sama.

Sumber: Kisah Dunia

Masih mencari jodoh? Jom daftar di BaitulJannah